Thursday, August 28, 2008

'DarkKnight' juara boling Hari Pesta Media Permata

Oleh Ak Fairol RMF
Sesi bergambar ramai sebelum berlangsung pertandingan


Anggota pasukan 'UnderDog' dari Borneo Bulletin

Awang Abdul Latif (dua dari kanan)
menyampaikan hadiah kepada juara
pertandingan pasukan 'DarkKnight'



Bersempena dengan sambutan ulang tahun Media Permata ke-10, anggota kakitangan akhbar Media Permata mengadakan Hari Pesta Media Permata yang diadakan di Utama Bowling, Bandar Seri Begawan.


Pesta tersebut turut menyaksikan berlangsungnya pertandingan boling yang dibahagikan kepada lima pasukan.


Lima pasukan berkenaan ialah 'DarkKnight, Yakuza, TopGun, Malastah Ku Ingau dan sebuah kumpulan jemputan terdiri daripada wartawan akhbar Borneo Bulletin yang memilih 'Underdog' sebagai nama pasukan mereka.


Pasukan DarkKnight muncul sebagai juara keseluruhan sekali gus merangkul piala pusingan diikuti dengan pasukan Top Gun di tempat kedua dan UnderDog dari Borneo Bulletin menduduki tempat ketiga.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Editor Media Permata, Awang Abdul Latif Abu Bakar.


Pesta Media Permata bukan sahaja untuk menyambut sempena ulang tahun ke-10, malah bertujuan untuk berhibur serta mengeratkan lagi silaturahim di antara kakitangan dan keluarga.


Turut menaja hadiah pertandingan itu ialah Goh Hock Kee Motors Sendirian Berhad.

No comments: